KUALA LUMPUR – Ketua juulatig skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji sikap yang ditonjolkan pemain kacukan, Dion Cools yang yakin dalam usaha menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan baharunya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pujian itu dihamburkan oleh Cheng Hoe selepas beliau ditanya oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin tentang perkembangan hari pertama Cools bersama pasukan.
“Dia memberikan kami tanggapan yang cukup baik di mana ia menunjukkan dia tampak sungguh yakin. Dia boleh menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan.”
“Kelihatan juga dia mempunyai sikap yang cukup baik dan lebih penting dia dapat sesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan dapat bermain sebagai satu pasukan.”
“Kerjasama berpasukan itu yang paling penting,” kata Cheng Hoe lagi.
Semalam, Cools mencuri tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air apabila dia telah diumumkan sah menyertai skuad kebangsaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadapi baki saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Ia juga menamatkan penantian FAM yang difahamkan sudah ‘menjemput’ pemain kelab FC Midtjylland untuk menyarung jersi kebangsaan kira-kira dua tahun lalu. – MalaysiaGazette