KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Mei 2021 diaktifkan bagi pekebun-pekebun kecil di Sabah dan Sarawak mulai 1 hingga 30 Jun ini.
Ia berikutan harga purata bulan Mei peringkat ladang bagi cuplump bagi Sabah dan Sarawak masing-masing pada RM2.45 sekilogram dan RM2.40 sekilogram
Sejak Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR20 (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang
(farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Dengan itu, pekebun-pekebun kecil di Sabah dan Sarawak akan mendapat bayaran IPG RM0.05 dan RM0.10. – MalaysiaGazette