MGNews: Surat MITI…Kerajaan Patut Buat Perancangan Terperinci – Rakyat

Kerajaan sepatutnya mempunyai perancangan terperinci berhubung kebenaran surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ini.

Bagi pekerja dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta Farisya Alya Rosdi, 25, MITI perlu menyediakan platform untuk permohonan surat yang memudahkan dan cepat agar tidak ada kesulitan berlaku.