KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.63 seliter bagi tempoh 3 Jun 2021 sehingga 9 Jun 2021.
Manala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette