RoS Registrar of Society Parti Pejuang Tanahair Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto AFIQ HAMBALI.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu campur tangan dengan isu harga ujian saringan Covid-19 yang dikenakan klinik dan hospital swasta di negara ini.

Tun Dr Mahathir berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pemain industri tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga bagi kedua-dua ujian saringan itu.

“Jangan cuba cari keuntungan besar. Sebaliknya boleh dapat sedikit keuntungan. Tetapi saya tak tahu kos berapa banyak. Kita tahu mereka kenakan bayaran tertentu.

“Saya minta kerajaan mengambil tahu kos mereka ini merangkumi apakah kos yang perlu ditanggung pihak swasta ataupun mereka ini cuba mencari keuntungan besar. Kita sedang menghadapi masalah nasional bukan parti atau masalah perniagaan.

“Oleh itu, kerajaan kena ambil berat tentang kos ditekankan oleh pihak swasta,” katanya dalam sidang media menerusi aplikasi Zoom selepas mengadakan mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Penaja Pejuang.

Mengulas lanjut, gesaan itu diketengahkan beliau kerana terdapat keperluan untuk diperhatikan oleh kerajaan.

“Saya berpendapat kerajaan perlu buat ujian saringan secara percuma,” katanya lagi.

Katanya, pendekatan itu perlu tatkala rakyat kini berdepan dengan tekanan kewangan yang meruncing ekoran penularan Covid-19. – MalaysiaGazette