MGNews: Fasiliti Kesihatan Lumpuh Sepenuhnya Jika Naik 13,000 Kes Sehari – Adham Baba

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan pada Selasa lalu untuk mengelakkan kes positif Covid-19 naik kepada 13,000 kes sehari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata fasiliti kesihatan negara akan lumpuh sepenuhnya sekiranya PKP penuh ini tidak dilaksanakan.