KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan feri ikonik Pulau Pinang yang menyebabkan Lim Guan Eng ‘sedih’ kerana terdampar di Sungai Perai telah dihantar ke Limbungan Bagan Dalam kerana dalam keadaan uzur.
Menteri Pengangkutan itu berkata, feri itu berada di limbungan berkenaan sejak 27 November 2019, ketika Guan Eng masih menjadi Menteri Kewangan dan pengendali feri pada masa itu ialah RapidFerry iaitu sebuah anak syarikat Prasarana.
Pengendali perkhidmatan pada masa itu ialah RapidFerry iaitu sebuah anak syarikat Prasarana.
Menurutnya, alat-alat ganti yang diperbuat di Belanda pula tidak diperolehi maka feri ini tidak dapat beroperasi sejak 27 November 2019 dan berada di situ sehinggalah ke hari ini.
”Tumpang tanya Lim Guan Eng, pada 27 Nov 2019, siapa Menteri Kewangan pada masa itu?
”Ingat tak pada hujung tahun 2019, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk tujuan pembelian Catamaran baharu serta mengambilalih perkhidmatan ini daripada RapidFerry milik Prasarana. (Nota: Lim Guan Eng sekadar umum saja peruntukan tapi RM30juta TIDAK disenaraikan dalam Belanjawan 2020).
”Kalau marah dan persoal kenapa tak membeli alat ganti untuk membaiki Feri Pulau Pinang ini dan seterusnya beroperasi, sepatutnya Lim Guan Eng tanya diri sendiri kerana pada masa itu dia begitu POWERFUL dan saya BUKAN Menteri Pengangkutan, saya hanya Ahli Parlimen Pembangkang sahaja,” jelas Ka Siong.

Beliau menjawab hantaran Setiausaha Agung DAP di Facebook yang sedih melihat keadaan feri yang begitu teruk sejak perkhidmatan pengangkutan itu dihentikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan Wee Ka Siong.
Menurut Guan Eng, rakyat memang tersinggung kerana feri yang seharusnya masih beroperasi demi meneruskan kesi demi meneruskan kesinambungan warisan hampir 100 tahun mendapat layanan begini.
Secara sinis, Ka Siong berkata, Guan Eng mudah lupa siapa Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan pada 27 November 2019 ketika pemerintahan PH?
”Kalau lupa, ini saya ingatkan. Saya pernah perincikan semuanya, siap ada hansard Dewan Rakyat yang pernah diungkapkan sendiri oleh Guan Eng.
(https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1789160087918154/?d=n),” jelasnya sambil mengucapkan terima kasih kepada Chow Kuan Yow, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana sentiasa berbincang dengan MOT untuk mencari jalan penyelesaian pragmatik terhadap permasalahan khusus di negeri Pulau Pinang.
Malah, katanya, Kuan Yow turun padang menaiki feri “bot laju” pada 30 Disember 2020 bersama-sama dengan kakitangan pelabuhan sebelum perkhidmatan feri mula diambilalih oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) pada awal Januari lalu.
Pada 24 Disember 2020, pihak Prasarana yang dimiliki oleh kerajaan pusat telah menulis surat kepada Exco Pengangkutan Kerajaan Pulau Pinang untuk menawarkan enam buah feri (samada beroperasi atau tidak) secara percuma kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Namun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 18 Januari 2021 telah bersetuju dan sudi menerima hanya sebuah feri saja dan MOT terbuka dan menerima keputusan Kerajaan Negeri.
Lima lagi buah feri lama boleh diubahsuai menjadi muzium, restoran dan feri khas pelancong pada waktu tertentu, tapi bukan sebagai mod pengangkutan awam.
Ka Siong turut memberitahu, sejak Januari 2021, negara ini sentiasa berada dalam pelaksanaan PKPB atau PKP demi mencegah penularan wabak Covid-19 dan Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) pula perlu melalui proses tender terbuka walaupun ianya melibatkan feri lama ataupun yang telah rosak. – MalaysiaGazette

















Ini suma poyo jer
NgonggEngg bukannya cerdik sgt..
Hari ni dia berasa kesal atas tindakan dia sendiri ketika jadi menteri kewayangan..
Elok hang mengadap cermin suluh diri la NgonggEngg oiii…