Gambar tular menunjukkan Muhammad Sanusi berada di sebuah pusat pameran kereta di Juru Autocity, Pulau Pinang kelmarin.

JURU – Polis membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan pandu uji (test drive) kereta baharu di Juru Autocity, di sini. semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan itu dibuat selepas beberapa keping gambar menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memandu uji sebuah kenderaan tular di media sosial.

Shafee.

“Kita akan panggil beliau serta pemilik pusat pameran berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)2021,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu tular beberapa keping gambar dalam laman media sosial menunjukkan Sanusi berada di sebuah pusat pameran kereta di Juru Autocity pada jam 6.30 petang semalam.

Gambar tular menunjukkan Muhammad Sanusi berada di sebuah pusat pameran kereta di Juru Autocity, Pulau Pinang semalam.

Hantaran yang dimuat naik pemilik Facebook, Nini Sirom itu turut menunjukkan Sanusi bersama individu dipercayai pekerja pusat pameran berkenaan melakukan pandu uji sebuah pacuan empat roda jenis Ford.

Mengikut hantaran tersebut, wanita berkenaan menegur perbuatan Sanusi serta pekerja pusat pameran berkenaan memandangkan memandu uji kereta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan adalah tidak wajar kerana ia melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. – MalaysiaGazette