Antonio Conte

LONDON – Tottenham Hotspurs dilaporkan telah meghentikan segala rundingan bersama Antonio Conte untuk mengisi jawatan pengurus pasukan itu.

Bekas pengurus Inter Milan dan Chelsea berusia 51 tahun itu dikatakan akan menggantikan Jose Mourinho di Spurs selepas harapan Mouricio Pochettino kembali dari Paris Saint Germain buntu.

Bagaimanapun, rundingan di antara kedua-dua pihak itu terhenti dan tidak akan diteruskan.

Laporan di Itali mencadangkan Conte tidak berapa yakin dan mula meragui mengenai jumlah bajet yang akan disediakan Spurs sekiranya dia dilantik untuk membangunkan semula pasukan itu di London kelak.

Kebimbangan sama dikatakan wujud terhadap Spurs.

Pengurus Itali itu mempunyai reputasi membeli pemain bintang sedia ada dan di bawah pengerusi Daniel Levy, reputasi Spurs adalah menerusi pembangunan pasukan dengan pemain muda seperti mana dilakukan di bawah Pochettino.

Ia menyebabkan Spurs tidak yakin dengan Conte dan masih meneruskan pencarian pengurus baharu menggantikan Mourinho yang dipecat 19 April lalu.

Julian Nagelsmann dan Brandan Rodgers juga dikaitkan dengan Spurs tetapi kedua-dua pengurus berkenaan tegas komitmen bersama kelab masing-masing. – MalaysiaGazette