Gol Andres Iniesta menentang Chelsea di Stamford Bridge membantu Barcelona menang dengan gol di tempat lawan dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah beberapa musim lalu.

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memansuhkan peraturan ‘gol di tempat lawan’ untuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa dan Liga Persidangan Europa mulai musim 2021/22.

Ia merupakan kejutan kepada  kelab-kelab elit Eropah dan perubahan drastik itu akan digunapakai pada setiap perlawanan di Eropah.

Pada 28 Mei lalu Jawatankuasa Pertandingan kelab UEFA telah mengadakan undian untuk memansuhkan peraturan yang digunakan sejak 1965 itu.

Peraturam yang digunakan kini ialah sekiranya dua pasukan mencatatkan agregat seri selepas dua perlawanan, pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak di tempat lawan akan mara ke pusingan seterusnya.

Kebanyakan eksekutif UEFA berpendapat peraturan itu sudah ketinggalan zaman dan perlu dimansuhkan untuk menyuburkan bola sepak di rantau tersebut. – MalaysiaGazette