Taufiq Yap Yun Hin

KUALA LUMPUR – Pewujudan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) disambut baik oleh pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, PPV IPT
merupakan langkah tepat bagi mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan
masyarakat pelbagai lapisan.

“Di peringkat universiti ini, pelaksanaannya akan dikendalikan oleh pihak Hospital
Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

“Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan sebanyak 1,000
dos suntikan vaksin sehari kepada HUMS.“UMS sangat menghargai usaha murni ini dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

KPT dalam kenyataan baru-baru ini menjelaskan, UMS merupakan antara 19 Universiti
Awam dan Institusi Pengajian Tinggi yang tersenarai dalam pelaksanaan PPV IPT.

Menurut Taufiq, pengurusan universiti sebenarnya telah pun meluluskan cadangan
menjadikan UMS sebagai PPV pada 25 Mei lalu.

Malah, HUMS sudah bersiap sedia memastikan proses vaksinasi dapat dilakukan dengan
baik di kampus ini.

Tambahnya, sejak wabak ini melanda negara kita, HUMS sudah terlibat secara langsung
dalam membantu Kerajaan Sabah untuk mengekang penularan pandemik ini.

“Dengan pengalaman, kepakaran dan kelengkapan yang dimiliki, sesungguhnya UMS
atau secara spesifiknya HUMS mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan,”
katanya.

Untuk rekod, inisiatif PPV IPT ini mampu memberikan 14,400 vaksin sehari atau
432,000 vaksin sebulan di seluruh negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PPV di IPT ni tapi warga IPT sendiri tak dapat manfaat apa pun…warga IPT pun tak divaksin…syabas Menteri KPM..walaupun sekolah tak jd pusat PPV..tp cikgu2 semua diberikan vaksin…pensyarah & kakitangan IPT langsung tak dapat apa…Yg VC ni duk menjilat jerr kerja dia…yg si Noraini ni apa dia buat? berapa ramai kakitangan IPT ko dah vaksin??yilekkkkkkkkk!!!!

Comments are closed.