Erling Haaland sedia dirembat oleh Chelsea walaupun memiliki klausa pelepasan bernilai £172 juta dariapada Borussia Dortmund

LONDON – Chelsea masih optimis untuk membeli penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland walaupun perlu menghadap klausa pelepasan bernilai £172 juta.

Chelsea dikatakan sudah berbincang dengan Dortmund mengenai Haaland.

Namun pasukan Bundesliga tersebt mahu pemain muda berusia 20 tahun itu kekal semusim lagi.

Chelsea yakin boleh memenuhi tuntutan sebanyak £172 juta itu dan pada masa yang sama turut mencari alternatif untuk memujuk Dortmund mengurangkan jumlah tersebut.

Sebagai alternatif, Chelsea sedia menawarkan Tammy Abraham kepada Dortmund. – MalaysiaGazette