Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib memantau pematuhan SOP orang awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa pertama bagi operasi pengangkutan awam ketika di Stesen Komuter, Seksyen 19, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2021.

SHAH ALAM – Pematuhan penduduk Shah Alam terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 Fasa Pertama adalah memuaskan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib menganggarkan tahap pematuhan penduduk daerah itu lebih 90 peratus.

Ujarnya, ia terbukti apabila hanya 18 kompaun dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin, 7 Jun 2021.

“Semalam, kompaun yang dikeluarkan 18 sahaja di SJR tidak ada yang ada lebih kepada pematuhan kompaun di premis, kedai-kedai makan ada sesetengah pekerjanya tidak memakai pelitup muka dengan betul ada yang tidak scan QR Code MySejahtera.

“Saya dapati, pematuhan boleh dikatakan memang tinggi, saya boleh katakan lebih 90 peratus pematuhan,” katanya.

Beliau  berkata demikian selepas membuat pemantauan Pematuhan  SOP PKP 3.0 Fasa Pertama di Komuter Stesen Shah Alam dan Padang Jawa hari ini.

Baharudin turut berpuas hati dengan pematuhan SOP di daerah tersebut dan daripada pemerhatiannya, bilangan penumpang Kumuter KTM berkuranga antara lima hingga 10 peratus berbanding hari biasa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan.

“Ada gerabak yang tidak ada penumpang langsung, ada gerabak yang ada satu atau dua penumpang sahaja,” tambahya.

Mengulas lanjut, Baharudin memberitahu, IPD Shah Alam menggerakkan dua pasukan khas untuk memantau pematuhan SOP pengangkutan awam pada setiap hari yang dilakukan secara rawak.

“Pemantauan secara rawak secara lebih terperinci pada waktu puncak pada waktu pagi orang nak pergi kerja dan petang,” ujarnya.

Menurutnya lagi, IPD Shah Alam akan menumpukan gerakan pematuhan SOP di sektor perkilangan pada masa akan datang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast