Kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram (KG) telah memberi kesan kepada orang ramai selepas kekurangan bekalan minyak paket bersubsidi sejak akhir-akhir ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah, memandangkan kenaikan harga minyak sawit bertapis yang tinggi pada masa ini.