Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrhaim, turut hadir pada perjumpaan khas pemimpin utama parti politik bersama Yang di-Pertuan Agong (YDPA),  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng bagaimanapun tidak kelihatan susulan kenderaan enis Vellfire berwarna putih miliknya turut dinaiki ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Terdahulu kedua-dua pemimpin DAP itu tiba di Pintu 2, Istana Negara kira-kira jam 1.55 tangahari.

Awal pagi tadi, Anwar menghadap YDAP bagi perjumpaan khas bersama pemimpin utama parti politik di Pintu 2, Istana Negara, kira-kira 10.35 pagi tadi.

Bagaimanapun Anwar yang kelihatan menaiki kenderaan jenis Jaguar berwarna hitam beredar dari Istana Negara kira-kira 11.56 pagi tadi.

Turut hadir pada perjumpaan khas itu ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba melalui Pintu Utama Istana Negara, kira-kira jam 7.49 pagi tadi.

Bagaimanapun kenderaan jenis Alpahard berwarna hitam yang membawa Muyhididn kelihatan beredar jam 8.55 pagi tadi. – MalaysiaGazette