MGNews: Enam Pegawai, Kakitangan Bank Direman Tujuh Hari Libatkan Rasuah RM18 Juta

Enam pegawai dan kakitangan sebuah bank direman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi, membabitkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta.

Majistret Raja Nor Adilla Mahyaldin memberikan kelulusan itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam.