DAMSYIK – Angkatan pertahanan udara Syria memintas serangan peluru berpandu Israel yang disasarkan ke atas ibu negara, Damsyik, lapor media milik kerajaan, manakala tentera yang berpaling tadah berkata, peluru berpandu itu mungkin disasarkan kepada kumpulan yang disokong Iran.

“Pertahanan udara Syria memintas tindakan agresif Israel yang datang dari ruang udara Lubnan,” kata media milik kerajaan.

Terdahulu, laporan media menyatakan terdapat letupan kuat kedengaran.

Seorang sumber tentera Syria memberitahu media bahawa serangan disasarkan kepada sebahagian kawasan pusat dan selatan, tanpa mengulas lanjut, sambil menambah ia meninggalkan kerosakan material.

Beberapa media milik kerajaan berkata, serangan tersebut menyasarkan wilayah Homs yang bersebelahan Lubnan di mana kumpulan Hezbollah menguasai sepanjang kawasan sempadan.

Tentera Israel tidak mengulas mengenai serangan itu, lapor Reuters.

Jika disahkan, ia merupakan serangan peluru bepandu pertama sejak kira-kira sebulan.

Pada 5 Mei lalu satu serangan dilakukan pada waktu subuh ke atas bandar pelabuhan  Mediterranean, Latakia, yang terletak berhampiran pengakalan udara Rusia.

Sumber risikan Barat berkata, Israel meningkatkan serangan ke atas Syria sejak tahun lalu yang mana ia merupakan sebahagian daripada bayangan peperangan yang diluluskan Amerika Syarikat (AS).

Serangan tersebut juga merupakan sebahagian daripada dasar anti Iran yang mana sejak dua tahun lalu negara itu tidak meningkatkan kuasa ketenteraan tanpa memulakan permusuhan. – MalaysiaGazette