Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 907 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 877 individu telah dikompaun manakala 28 orang ditahan reman dan dua lagi dijamin.

Katanya, seramai 208 ditahan kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka manakala 148 orang lagi disebabkan gagal merekodkan butiran diri dan mendaftar masuk ke sesebuah premis.

Selain itu tambah beliau, seramai 147 orang ditahan kerana cuba merentas merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran dan kesalahan kesalahan makan di premis.

“Juga kesalahan ingkar dan patuh SOP lain seperti tiada penjarakan fizikal (123), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (81), membawa penumpang berlebihan (79), aktiviti hiburan (28), premis gagal patuhi arahan (10) dan lain-lain (83),” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh PDRM telah melakukan 102,633 pemeriksaan semalam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast