Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan awal malam tadi.

Kementerian itu berkata, Fadillah menjalani ujian saringan Covid -19 pada jam 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya.

Sebelum ini, beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lalu.

Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat.

Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan terus memantau serta memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar. – MalaysiaGazette