MGNews: Jurutera Mengaku Tak Bersalah Perdaya Syarikat Minyak Dan Gas

Seorang jurutera yang juga timbalan presiden kanan sebuah syarikat kejuruteraan mengaku tidak bersalah memperdayakan sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka.

Tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur didakwa menipu syarikat tersebut untuk menyenaraikan syarikatnya sebagai sebuah syarikat berkelayakan dan berstatus bumiputera, tiga tahun lalu.