Tag: Mahkamah Kuala Lumpur
Senyuman Najib Razak di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir mendengar keputusan permohonan menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion berkaitan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib membuat kemunculan pertama selepas menerima pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah. Foto AIZAT ZAINAL, 25 SEPTEMBER 2026.
Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula
Asif berkata, waris berharap pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, JBPM, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa berkaitan dapat meneliti perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.
Lelaki Hadapi 71 Pertuduhan Penipuan Didakwa di Mahkamah
Seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret atas 71 pertuduhan berkaitan penipuan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2026.
Jamil Khir Dihadapkan Ke Mahkamah
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom tiba di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pendakwaan berhubung siasatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2026.
SPRM cari dua lelaki gagal hadir perbicaraan kes mahkamah
SPRM menerusi kenyataan berkata, usaha mengesan kedua-dua individu itu di alamat terakhir mereka gagal selepas mereka tidak dapat dihubungi.
Reaksi Azeez Rahim di Mahkamah Kuala Lumpur
Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berbaju ungu dan bergari dikawal ketat selepas Mahkamah Sesyen membenarkan ikat jamin sebanyak RM450,000 atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan di sebuah syarikat dan manfaatnya serta meyakinkan Ahli Lembaga TH membuat pelaburan RM193.5 juta di syarikat sama ketika Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 09 SEPTEMBER 2026.
Reaksi Ismail Sabri di Mahkamah Kuala Lumpur
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di mahkamah dijangka berdepan pertuduhan berkaitan pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 OGOS 2026.
Pemandu Lori Imigresen Dihadap Ke Mahkamah
Pemandu 'black maria' lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Akbar Zainol (tengah) mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Sultan Ismail, semalam ketika di Mahkamah Sesyen KL. Foto SADIQ SANI, 20 OGOS 2026.
Zizie Izette Selepas Bebas Pertuduhan Subahat Rasuah
Reaksi gembira Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berpelukan selepas Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada tiga pertuduhan bersubahat rasuah dengan suaminya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 JULAI 2026.
Pemandu Mabuk Rempuh Maut Suami Isteri Didakwa di Mahkamah
Penuntut kolej, Danish Raman Kamar Kumaresan diiring anggota Polis Trafik ke Mahkamah Majistret atas pendakwaan disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri di Jalan Ampang ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 MEI 2026.

















