Tag: Mahkamah Kuala Lumpur
Suspek Langgar Lari Anggota Polis Dituduh di Mahkamah
Seorang inspektor polis yang terbabit kes langgar lari seorang anggota polis trafik akan didakwa atas pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pemanduan melulu dan merbahaya ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2026.
Vivy Yusof dan Suami Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL
Pengasas platform e-Dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar bagi perbicaraan kes pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 13 APRIL 2026.
34 Lelaki Sertai Rusuhan di Pusat Hiburan Didenda
Seramai 34 lelaki dijatuhkan hukuman denda antara RM2000-RM3000 selepas kesemua mereka mengaku bersalah menyertai rusuhan dan kianat di sebuah pusat hiburan di Cheras minggu lalu ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 APRIL 2026.
Anak Tun Daim Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah
Anak perempuan kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida Abdul Daim hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kegagalan mematuhi notis pengisytiharan aset yang dikeluarkan oleh SPRM, ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 07 APRIL 2026.
Fahmi Fadzil Hadir Mahkamah Kuala Lumpur
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir prosiding kes saman fitnah terhadap tiga individu termasuk penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 06 APRIL 2026.
Ketua Pengarah JAS Mengaku Tidak Bersalah Pertuduhan Rasuah
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan berhubung siasatan kes berkaitan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 03 APRIL 2026.
Zamri Vinoth Bebas Dengan Ikat Jamin
Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth berpelukan dengan orang ramai selepas diikat jamin sebanyak RM4,500 atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL 17 MAC 2026.
Reaksi Zamri Vinoth di Mahkamah KL
Reaksi ceria Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth ketika tiba dengan tangan bergari bagi menghadapi pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL 17 MAC 2026.
Najib Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak melambai ketika hadir ke mahkamah bagi menyambung perbicaraan kes saman sivil RM42 juta difailkan SRC International Sdn Bhd dan anak syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadapnya ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 06 MAC 2026.
Zizie Izette di Mahkamah KL
Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad pada prosiding perbicaraan kes atas tiga pertuduhan bersubahat memperoleh rasuah berjumlah RM2.8 juta di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 05 MAC 2026.

















