MGNews: Mageran…YDPA Lebih Arif, Prihatin Masalah Rakyat – Noh Omar

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar yakin Yang di-Pertuan Agong (YDPA) lebih arif terhadap masalah yang dihadapi rakyat pada waktu ini.

Justeru itu, beliau menyerahkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan menangani pelbagai masalah yang berlaku dalam negara.