Hasrat sepasang suami isteri dari Perak yang ingin merentas negeri ke Johor membawa padah semalam apabila pasangan itu dikompaun RM2,000 setiap seorangĀ  kerana didapati belum lengkap vaksinasi Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dikenakan di seluruh negara disambung lagi.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP itu disambung selama 14 hari sehingga 28 Jun depan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

Ismail Sabri berkata, dengan pelanjutan tempoh PKP penuh kali ini, beliau berharap agar tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa,” katanya lagi.

PKP 3.0 dilaksanakan sejak 1 Jun lalu ekoran kes positif Covid-19 yang mencecah 9,020 sehari pada 29 Mei lalu. – MalaysiaGazette