Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka menampung subsidi sehingga RM8 bilion pada tahun ini – RM4.22 bilion lebih tinggi daripada yang diperuntukan.

Pertambahan peruntukan itu berikutan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi produk petroleum petrol RON95, diesel dan LPG serta minyak masak bersubsidi dengan mendadak, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Sejumlah RM3.78 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2021 tetapi berdasarkan harga pasaran global semasa, kerajaan dijangka bakal menampung subsidi sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi,” katanya dalam kenyatan di sini.

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.16 bilion pada tahun lalu berbanding RM6.32 bilion pada tahun 2019.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan meneruskan dasar pengekalan harga bagi petrol RON95 sebanyak RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sejak 10 Februari ekoran kenaikan harga bahan bakar itu dalam pasaran global.

Manakala pengekalan sama pada harga gas petroleum cecair (LPG) sebanyak RM1.90 sekilogram sejak Jun 2015 dan minyak masak pek 1 kilogram pada harga RM2.50 sejak tahun 1997.

”Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil,” ujar beliau.

Selain itu, katanya, pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambahbaik melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (Permai), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+), akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.

Sebahagian dari inisiatif-inisiatif yang dilanjutkan atau ditambahbaik melalui Pemerkasa+ yang masih berterusan adalah seperti berikut:

– MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Antara Menteri Kewangan paling bodoh dlm sejarah Malaysia. Yg hanya peduli perut towkay bank & towkay kilang…yng paling ramai sebar Covid ialah kilang…tp kilang boleh beroperasi…sebaliknya rakyat di lock down 1 bulan…towkay bank & towkay kilang buat untung…rakyat biasa duk rumah tak blh keluar kerja… makan pasir…celaka lah menteri mcm ko ni

Comments are closed.