Nuno Sunto

LONDON – Nuno Espirito Santo dilaporkan sebagai calon pilihan terkuat yang bakal dinamakan sebagai Pengurus baharu Everton dalam masa terdekat.

Laporan di London mencadangkan bekas pengurus skuad Wolves itu muncul sebagai pilihan utama pemilik Wolves Farhad Moshiri.

Everton memulakan rundingan positif bersama Nuno selepas perbincangan calon berusia 47 tahun itu bersama Crystal Palace lebih seminggu lalu gagal membuahkan hasil dan kelab itu terpaksa beralih kepada calon lain.

Crystal tidak dapat mencapai keputusan dengan tuntutan yang dikemukakan oleh Nuno merangkumi pakej projek pembangunan pasukan dalam dana merekrut pemain baharu.

Nuno dikenalpasti sebagai calon paling layak menggantikan bekas pengurus the Toffees, Carlo Ancelotti yang kini diangkat sebagai pengurus baharu Real Madrid.

Pengurus West Ham David Moyes dan bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez turut didekati Everton untuk mengisi jawatan pengurus pasukan itu.

Moyes pula bersetuju memperbaharui kontraknya selama tiga tahun lagi untuk kekal mengemudi the Hammers.

Perkembangan terbaharu itu menambah potensi Nuno untuk kembali ke EPL dengan mengemudi Everton menggantikan Ancelotti dalam masa terdekat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast