Gambar hiasan.

ISLAMABAD – Lima terbunuh dan enam yang lain cedera dalam bencana ribut angin dan hujan lebat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, kata Lembaga Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) pada Sabtu.

Bencana itu menyebabkan lapan rumah runtuh, kata PDMA dalam satu kenyataan.

Berikutan itu pihak pentadbiran menasihatkan penduduk di lokasi terjejas untuk senantiasa berwaspada, kata PDMA lapor Agensi Berita Xinhua.

Sementara itu,satu daripada lebuh raya utama di kawasan pelancongan di daerah Chitral terjejas akibat hakisan sungai, usaha baik pulih sedang dilakukan.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Jabatan Meteorologi Pakistan meramalkan lebih banyak hujan akan melanda Khyber Pakhtunkhwa dan wilayah Punjab pada Sabtu dan Ahad malam.

Pelancong yang mahu mengunjungi resort di Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab dinasihat untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca sebelum merancang perjalanan.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast