Ministry of Higher Education (MOHE) public university fee discount IPTA
Ministry of Higher Education (MOHE)

KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka semula mulai esok, 15 Jun 2021 hingga 21 Jun 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, keputusan ini diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.

“Diharapkan keputusan ini dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian,” kata KPT menerusi satu kenyataan hari ini.

Pelajar yang pernah memohon, mahu mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian permohonan boleh dibuat bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Begitu juga untuk pelajar yang telah membuat permohonan dan mahu mengemaskini pilihan program pengajian.-MalaysiaGazette