Antonio Rudiger (kiri) dirakam menggigit Paul Pogba ketika pertemuan menentang Perancis dalam kempen Euro 2020, awal pagi tadi.

MUNICH – Pemain pertahanan Jerman, Antonio Rudiger bakal berdepan risiko apabila dia dirakam menggigit Paul Pogba ketika pertemuan menentang Perancis dalam kempen Euro 2020, awal pagi tadi.

Tonggak pertahanan Chelsea itu dilihat menggigit Pogba ketika babak pertama perlawanan pembukaan Kumpulan F antara kedua-dua pasukan itu.

Rudiger pada awalnya memeluk Pogba sebelum dia menggigit belakang badan bintang Manchester United itu.

Perbuatan Rudiger itu menyebabkan Pogba menjerit tidak berpuas hati.

Tindakan spontan Rudiger itu dilakukan selepas Perancis mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri Mats Hummels pada minit ke-20.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Rudiger dengan pengadil, Carlos del Cerro atau sistem video bantuan pengadil (VAR) tidak dapat mengesan kelakuannya itu.

Pertahanan Chelsea itu memakai topeng selepas cedera di bahagian muka ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada April.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast