Thursday, March 28, 2024
Home Utama Perbincangan khas Raja-Raja Melayu selesai

Perbincangan khas Raja-Raja Melayu selesai

Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar keluar dari pintu istana selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sesi Perbincangan Khas yang mengambil masa lebih dua jam antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu kali kedua telah selesai kira-kira pukul 5 petang tadi.

Susulan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat menjadi raja pertama meninggalkan Pintu Satu, Istana Negara kira-kira 5.15 petang

Baginda merupakan Sultan yang kedua tiba pagi ini selepas Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Difahamkan, kesemua raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadirinya.

Perbincangan khas itu dipercayai bermula pukul 2.30 petang tadi.

Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar keluar dari pintu istana selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 JUN 2021.

Beberapa pegawai kanan kerajaan yang dipanggil untuk sesi Sembah Taklimat ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

BACA: Pemangku Raja Pahang, Sultan Johor antara terawal tiba di Istana Negara

Turut diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu ialah Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Kesemua mereka dijadual memasuki Pintu Dua Istana Negara antara pukul 11 pagi hingga 2 petang. – MalaysiaGazette