Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung kasih pandangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan segera.

Menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),ia bagi membolehkan semak imbang tata kelola dan perjalanan pentadbiran kerajaan dapat dilakukan.

“Oleh itu, adalah teramat jelas bahawa Perdana Menteri perlu menjunjung titah dan menasihati Tuanku untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin.

“Amatlah penting Parlimen dibuka semula sekarang agar semak imbang tata kelola dan perjalanan pentadbiran Putrajaya dapat dilakukan, Ordinan-Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara dapat dibahas, peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat dapat dibincang dan suara rintihan isi hati rakyat dapat didengar dengan jelas,” katanya hari ini.

Majlis Presiden PH menyatakan demikian menerusi kenyataan bersama antara tiga pemimpinya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketiga-tiga pemimpin PH itu menambah, tidak wajar untuk Muhyiddin mengenepikan pandangan YDPA.

“Sekiranya Perdana Menteri terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen, ia bukan sahaja bermaksud beliau telah mengetepikan pandangan Tuanku itu, malah ia memberi gambaran bahawa Perdana Menteri telah hilang
keyakinan untuk terus mentadbir.

“Dan jika Perdana Menteri tetap bertegas enggan menasihati Tuanku segera, beliau harus mengambil tindakan terhormat dengan mengundurkan diri,” tambah kenyataan itu.

Semalam, selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, YDPA menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Keputusan itu dibuat selepas bagainda memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. P akatan H ancing berlagak HERO TAMIL kerana ketika Agong Isytihar Darurat GEROMBOLAN inilah berpencak DERHAKA menentangnya….P H juga mencetuskan POLITIK HAIWAN dan NOMBOR EKOR bila BEREBUTAN BILA AKUNON JADI PM…akhirnya JADI kerAjaan gagal 22BULAN MENGENCING dan KHIANAT MANDAT DAN MANIFESTO……sejarah tidak MENIPU

Comments are closed.