worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 daripada 23 kluster baharu yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini adalah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh daripada kluster tempat kerja itu dikesan di Selangor, tiga di Johor,  dua di Melaka dan Kuala Lumpur serta masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak dan Perak.

Manakala empat kluster lagi adalah kluster komuniti di kesan Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu,  satu kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Selangor dan pusat tahanan di Perak, kata beliau dalam kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham menambah, terdapat 810 kluster masih lagi aktif dan jumlah kumulatif kluster yang ditemui di negara ini adalah sebanyak 2,580.

Dalam pada itu, sejumlah 1,770 kluster sudah ditamatkan. – MalaysiaGazette