Kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) terus meningkat apabila sebanyak 924 yang rekodkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 di negara ini hari ini menunjukkan peningkatan lebih 700 kes kepada 6,440 kes berbanding 5,738 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan Covid-19 di Selangor  masih tertinggi dengan 2,095 kes.

Sehingga 18 Jun 2021, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 6,440 kes (685,204 kes), Selangor 2,095, Negeri Sembilan 870, Kuala Lumpur 816, Johor 592 dan Sarawak 536.

Manakala Perak 357, Melaka 223, Kelantan 200, Sabah 199, Kedah 159, Labuan 152, Pulau Pinang 122, Pahang 79, Terengganu 32, Putrajaya 6, dan Perlis 2 kes,” kata Noor Hisham dalam Twitter beliau, hari ini.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 melebihi 6,000 adalah pada 11 Jun lalu iaitu dengan 6,849 kes.

Daripada 6,440, sejumlah 6,435 kes adalah penularan tempata melihatkan 4,662 kes warganegara dan 1,773 bukan warganegara.

Noor Hisham berkata hanya lima kes import direkodkan hari ini melibatkan dua warga negara dan tiga bukan warganegara.

Disebalik itu, jumlah kes sembuh turun berbanding semalam.

Jika semalam, 7,530 kes didapati sembuh, hari ini hanya 6,861 kes sembuh direkodkan.

Jumlah itu menjadikan kes sembuh sepenuhnya daripada positif Covid-19 adalah sebanyak 615,326 kes.

Dalam pada itu, jumlah kes kematian juga meningkat berbanding semalam.

Sejumlah 74 kes kematian direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan korban ekoran positif Covid-19 kini di paras 4,276.

68 daripada yang terkorban adalah warganegara dan enam bukan warganegara.

Noor Hisham turut berkata kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) turun sedikit hari ini kepada 894 dengan 451 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast