KUALA LUMPUR – MIDF Amanah Asset Management Berhad (MIDF Asset Management) melancarkan Dana ESG Mustadamah (MAEM) baharu, penyelesaian pelaburan siap sedia untuk pasaran ekuiti tempatan yang menggabungkan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Dana ini  berdasarkan  FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) indeks syarikat Shariah, sekali gus menjadikan pelanggan lebih mudah untuk melabur pada masa depan yang lebih lestari untuk Malaysia.

‘Mustadamah’ diterjemahkan sebagai keupayaan untuk mengekalkan (ability to sustain) dan dana baharu ini adalah produk ‘Sustainable and Responsible Investment’ (SRI) pertama kumpulan yang disasarkan untuk mencapai peningkatan modal mampan bagi jangka masa sederhana hingga panjang dengan pelaburan dalam portfolio ekuiti patuh Syariah tempatan berdasarkan prinsip pelaburan lestari.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Asset Management, Mohamed Sany bin Mohamed Zainudin berkata, pelancaran Dana ESG Mustadamah mencerminkan peningkatan selera pengguna untuk melaburkan wang mereka demi masa depan yang lebih lestari untuk Malaysia dan ini membolehkan pelanggan membuat pilihan yang lebih berimpak, relevan danlestari melalui penyelesaian pelaburan baharu ini.

”Kami berharap dana ini dapat memenuhi keperluan dan menjadi keutamaan pelabur, lebih daripada sekadar keuntungan kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pelaburan berorientasikan ESG semakin mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan didorong peningkatan kesedaran sosial, urus tadbir dan pengguna terhadap kesan yang lebih besar terhadap syarikat serta pelabur dan pasukan pengurusan yang menyedari bahawa penerapan ESG yang kukuh dapat melindungi kejayaan jangka masa panjang syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast