Azmin Ali ketika mengadakan lawatan di PPV Mount Austin yang akan beroperasi pada 28 Jun.
JOHOR BAHRU –¬† Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan kerajaan gagal mengawal penularan Covid-19.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan telah berjaya mengurangkan landai lengkuk jangkitan virus berkenaan yang mana jumlah harian Covid-19 yang menurun.

Kata Mohamed Azmin, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan berbilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan semua kemudahan sama ada di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Pejabat Kesihatan Daerah mencukupi.

Jelasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan  dilihat memberi kesan positif.

“Inilah sedang dilakukan dan saya yakin kalau kita dapat percepatkan program imunisasi mengikut jadual ditetapkan ia boleh membantu kita kalau kita mengikut pelan pemulihan negara.

“Ini semua terbukti dan kita telah pun nampak keberkesanan yang dilakukan kerajaan sekarang ini,”katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Mount Austin hari ini.

Pada minggu lalu. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri akan dibuka di Johor bagi pemberian vaksin kepada pekerja industri di negeri itu.

Ia membabitkan PPV Industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, Kota Tinggi, yang beroperasi kelmarin manakala PPV di Mount Austin dijangka beroperasi 28 Jun ini. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. sepanjang pentadbiran P unah Harapan (PH) rakyat setiap hari disaji dengan isu hutang negara berlonggok.sehari dua berkuasa meratapi RAKYAT dgn TABUNG HARAPAN…100 HARI GAGAL DENGAN BINTANG BULAN JANJI MANIFESTO….KeRAjaan KHIANAT MANDAT RAKYAT

    Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng memberitahu hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM50.5 bilion. Ia hanya boleh dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039.
    Pemimpin PH asyik menjaja hutang bertimbun. Antaranya jumlah hutang luar negeri sebanyak RM931.1 bilion pada akhir Jun 2019.

    Kata Guan Eng daripada tersebut hanya RM190.0 bilion hutang langsung kerajaan. Dan sehingga akhir Jun 2019 hutang langsung meningkat sebanyak RM94.1 bilion sejak PH membentuk kerajaan.

    Sepanjang tempoh 22 bulan di bawah PH, rakyat saban ketika disaji dengan jumlah hutang dan kerajaan tiada wang. Cuma kerajaan PH bernasib baik ketika itu pandemik Covid-19 belum lagi menular.

    Malah pada detik akhir usia kerajaan PH sebanyak RM20 bilion diumumkan sebagai pakej bagi menghadapi wabak.

    Jumlah itu jauh berbeza dengan peruntukan RM250 bilion untuk menangani impak Covid-19 disediakan kerajaan PN. Pak Mat di kampung pun boleh menghitung.

    Daripada jumlah itu RM128 bilion untuk kebajikan rakyat. Selain itu RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.

    Malangnya pemimpin PH tetap sinis terhadap kesungguhan kerajaan PN.

  2. Sembang cam orang bodoh la. Tak gagal apanya kalau peningkatan kes sentiasa naik. Berlagak macam pandai, orang nasihat tak nak dengar sedangkan sejak dari februari lagi kes mula menunjukkan peningkatan. Jangan sembang peruntukan berbilion la kalau perlaksanaan pun gagal. Rakyat makin menderita hilang pendapatan yang makin senang tauke besar. Hakikatnya memang PN paling gagal dan tak berani terima kenyataan. Kerajaan PN dah tahu yang kes akan terus meningkat dan itu adalah senjata PN untuk kekalkan kuasa dengan menteri-menteri yang bodoh dan sombong dengan menidakkan parlimen bersidang dan istihar darurat yang berpanjangan.

  3. kalau menteri2 zaman P unah H arapan TIDAK BODOH SOMBONG bila wabak corona mula dikesan WUHAN CINA…..bila suara2 meminta langkaq memBENDUNGNYA

    1 TPM WAN AZIZAH….jangan BIMBANG ia berlaku di negeri CINA jauh dari Malaysia…KITA sebelum ini pun negara terbaik mencegah Denggi/ TB/SARS dan lainya
    2 TUN MAHATHIR tak perlu kuarantin pelancong cina/asing macam di kandang LEMBU
    3 MUJAHID tidak perlu bertindak tempat MAKSIAT lepas 12 malam …LGBT pun takpah la
    4 HANNAH YEOH sekat pelancong CINA wuhan AKAN BURUKKAN nama NEGARA
    5 DR ZULKFLY menteri KESIHATAN…jangan panik atau buat spekulasi…ia wabak terpencil…NEGARA mempunya[ fasiliti yang diiktiraf dunia

    6 ANWAR BILA HANG nak jadikan aku PM….AKHIRNYA 22 BULAN carcamarba

    KES COVID INI NAIK SELURUH DUNIA WALAUPUN PELBAGAI CARA TERMASUK SOP/PKP/VAKSIN/DUDUK RUMAH/KUARANTIN….BERMUNAJAT TANPA PUTUS ASA

    BELUM KIRA YANG WAS2 COVID ITU BENAR…YANG MASIH KEPALA BATU LANGGAQ SOP/PKP

  4. Yeap tahniah atas kejayaan menyebabkan lebih 4000+ maut dan menjadi negara paling teruk di ASEAN dan 30 dlm senarai dunia dlm menguruskan pandemik Covid.

Comments are closed.