Cristiano Ronaldo.

KUALA LUMPUR – Bintang sensasi bola sepak, Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang mempunyai 300 juta pengikut di laman media sosial, Instagram (IG).

Pemain Portugal dan Juventus itu turut menjadi individu pertama sebelum ini yang mempunyai 200 juta pengikut di platfrom yang sama.

Baru-baru ini, Ronaldo mencetuskan kontroversi apabila mengalihkan botol minuman Coca-Cola ketika sidang media Euro 2020.

Dia juga berjaya meledak dua gol ketika membantu Portugal melakar kemenangan 3-0 ke atas Hungary pada aksi pembukaan, Rabu lalu.

Selain merekodkan pencapaian dengan pengikut seramai 300 juta di Instagram, Ronaldo turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman pada kejohanan Eropah itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu Hungary.

Bintang Hollywood, Dwayne ‘The Rock’ Johnson berada di tempat kedua di belakang Ronaldo dengan pengikut seramai 246 juta di instagram.