Datuk Seri Ahmad Maslan Deputy Speaker Dewan Rakyat Bersatu rejects
Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan pejabatnya ada menjemput media untuk sebarang program pada hari ini.

Setiausaha Agung UMNO berkata, notis jemputan liputan media mesyuarat biro politik parti itu yang tular dalam kalangan media adalah berita palsu.

Beliau berkata, dalam seminggu ini ada tiga berita palsu mengenai UMNO.

Yang pertama berita Presiden UMNO memecat Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Presiden panggil Menteri UMNO termasuk jemputan media.

Jemputan itu menyatakan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada jam 8 malam ini bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato Onn.

Susulan tular jemputan itu, beberapa media melaporkan Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

Mesyuarat itu, dilaporkan bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Bagaimanapun, ada media melaporkan mesyuarat berkenaan akan diadakan secara maya. – MalaysiaGazette