5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Selangor mencatatkan kes baharu positif Covid-19 tertinggi dengan 1,680 kes daripada 5,293 kes yang direkodkan di seluruh negara pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu, jumlah kumulatif kes baharu meningkat kepada 696,408 setakat jam 12 tengah hari ini.

Katanya, selain Selangor, Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes baharu harian semakin ketara sejak seminggu lalu dengan 693 kes.

“Ini diikuti Sarawak dengan 661 kes, Johor (627), Kuala Lumpur (379) dan Perak (205).

“Manakala negeri di bawah 200 kes pula ialah Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah – (163), Labuan (156), Pulau Pinang (114), Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (4) dan Perlis ( 2),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 63,815 kes.

Sementara itu, jumlah kes kematian akibat Covid-19 pada hari ini masih tinggi dengan 60 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,408 kes,” ujarnya.

Selain itu, kadar kes sembuh juga agak tinggi direkodkan hari ini dengan 5,941 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 628,185 kes.

Sebanyak 880 kes pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 454 kes pula memerlukan bantuan pernafasan, tambah beliau. – MalaysiaGazette