Loji tenaga nuklear Bushehr. foto Agensi

TEHRAN – Loji tenaga nuklear tunggal Iran telah ditutup secar akecemasan buat sementara waktu tetapi puncanya tidak dijelaskan.

Seorang pegawai dari syarikat elektrik negeri Tavanir, Gholamali Rakhshanimehr berkata, penutupan kilang Bushehr bermula pada hari Sabtu lalu sehingga “tiga atau empat hari.”

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata, gangguan elektrik boleh berlaku akibat penutupan tersebut.

Ini adalah kali pertama Iran melaporkan penutupan kilang secara darurat di bandar pelabuhan selatan Bushehr.

Sebelumnya pada hari Ahad, Tavanir mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan loji nuklear itu sedang diperbaiki, tanpa memberikan keterangan lebih lanjut.

Katanya, kerja- kerja pembaikan akan dilakukan sehingga Jumaat.

Pada bulan Mac lalu, seorang pegawai nuklear, Mahmoud Jafari berkata, kilang itu boleh berhenti berfungsi kerana Iran tidak dapat membeli alat ganti dan peralatan dari Rusia susulan sekatan perbankan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat pada 2018.

Bushehr beroperasi menggunakan uranium yang dihasilkan di Rusia, bukan Iran, dan dipantau oleh Badan Tenaga Atom Antarabangsa PBB.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengakui mengetahui ada laporan mengenai kilang itu, tetapi enggan memberikan komen.

Pembinaan di Bushehr, di pesisir utara Teluk Parsi, bermula di bawah shah Iran pada pertengahan 1970-an.

Selepas Revolusi Islam 1979, loji itu berulang kali menjadi sasaran perang Iran-Iraq.

Rusia kemudiannya menyelesaikan pembinaan kemudahan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast