Macam-macam cara digunakan Zionis untuk menghina Islam termasuk menyembur air najis di perkarangan Masjid Al Aqsa dan ke atas penduduk Palestin.

Tidak cukup dengan mengenakan pelbagai sekatan kepada umat Islam untuk menziarah dan melakukan ibadat di masjid ketiga suci, rejim Zionis menggunakan macam-macam cara untuk terus mencemarinya.

Dalam kejadian pada minggu lalu, pihak berkuasa Israel menyembur air kumbahan ke arah Bab Al Amud atau Damascus Gate yang menjadi salah satu pintu masuk ke masjid berkenaan.

Alasannya bagi melerai penduduk Palestin yang berkumpul di kawasan berhampiran.

Selain orang awam, semburan air najis itu turut menyasarkan wartawan yang berada di sekitar.

Sebelum ini, perbuatan yang sama juga dilakukan bagi melerai bantahan penduduk Shaikh Jarrah yang mempertahankan diri mereka selepas diserang pendatang Yahudi.