MGNews: Buka Parlimen…Hanya Cadangan Biro Politik UMNO Bukan Keputusan MT – Ismail Sabri

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Majlis Tertinggi parti itu belum membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil sekiranya Kerajaan Pakatan Nasional (PN) gagal membuka semula Parlimen dalam tempoh 14 hari akan datang.

Beliau berkata, ini kerana cadangan tersebut diusulkan oleh Biro Politik parti itu manakala keputusan parti adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi yang sehingga ini belum bermesyuarat membincangkan isu tersebut.