Pertandingan Grand Prix Britain pada 2 Ogos 2022. foto Agensi

LONDON – Grand Prix Britain yang akan berlangsung pada bulan depan dibenarkan diadakan dengan kapasiti 140,000 orang penonton.

Keputusan itu hasil perbincangan antara kerajaan dan Silverstone.

Ini bermakna, perlumbaan itu nanti akan disaksikan oleh penonton sukan terbesar di Britain sejak bermulanya wabak koronavirus tahun lalu.

Grand Prix British berlangsung pada 18 Julai ini dan Silverstone akan dibenarkan menjual tiket sepanjang hujung minggu kelayakan dan perlumbaan itu sendiri.

Pengarah Urusan Silverstone, Stuart Pringle difahamkan telah menekankan kepada pegawai-pegawai kerajaan bahawa pertandingan itu tidak bermakna jika diadakan tanpa penonton.

”Ini adalah berita hebat bahawa Silverstone akan menjadi acara berkapasiti penuh dan akan menjadi hujung minggu yang luar biasa dengan beratus-ratus ribu peminat berada di sana untuk menyaksikan acara Sprint pada hari Sabtu dan acara utama pada hari Ahad,” kata Presiden Formula 1, Stefano Domenicali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast