worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 4,803 kes, kata Tan Sri Dr Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 71 warga negara dan 11 bukan warganegara.

Beliau memberitahu, kes kematian tertinggi melibatkan 31 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapan kes di Johor dan lima kes di Negeri Sembilan.

“Empat kes pula dilaporkan di Sarawak dan masing-masing tiga kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Pahang, dan Kedah.

“Dua kes pula masing-masing di Pulau Pinang dan Kelantan serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak, dan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malaysia tuut merekodkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 6,775 kes berbanding kes positif baharu sebanyak 5,812 kes.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 870 pesakit kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selain 433 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 60,117 kes aktif.

Menurutnya, sebanyak 6,775 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumlatif meningkat kepada 657,739 kes.

“Sebanyak 21 kluster baharu telah dikenal pasti manakala 873 kluster masih aktif selain 1,868 kluster telah ditamatkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast