Lionel Messi

KUALA LUMPUR – Barcelona berusaha memujuk Lionel Messi untuk menandatangani perjanjian baharu sebelum kontraknya tamat pada 1 Julai ini.

Kelab itu dilaporkan yakin kontrak baharu akan dimeterai sebelum 1 Julai.

Pembaharuan kontrak Messi merupakan agenda utama presiden baharu, Joan Laporta yang kini dilaporkan terlibat secara langsung dalam perbincangan dengan bapa dan agen pemain itu.

Bagi memastikan pemain itu terus kekal di Nou Camp untuk tempoh panjang, Barcelona perlu mematuhi syarat Peraturan Keadilan Kewangan (FFP) yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepa Antarabangsa (FIFA).

Laporta dikatakan bersedia untuk menawarkan kontrak dua tahun kepada pemain berusia 34 tahun itu.

Barcelona bimbang Messi merancang untuk Major League Soccer (MSL) di Amerika Syarikat selepas Piala Dunia Qatar 2022.

Laporan awal mendakwa segala terma dan isu berbangkit dalam proses memperbaharui kontrak pemain itu sudah selesai. -MalaysiaGazette