Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman dan bersifat jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan terhadap lelaki dikenali Ganesparan Nadaraja dilakukan di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap individu tersebut.

Katanya, pada 25 Jun lalu suspek telah memuat naik rakaman video bertajuk ‘Racist in Vaccine Malaysia’ melalui akaun Facebook Ganesparan Nadaraja.

“Siasatan mendapati suspek dalam kenyataan (video tular) nya mendakwa vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan dari China jenama “Sinovac” diberikan kepada golongan bukan Muslim manakala Muslim diberikan vaksin berkualiti tinggi jenama Pfizer.

“Klip video berdurasi lapan minit 54 saat telah menerima 550 responds, 247 comments, 395 shares dan 10k views turut dikesan ditularkan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek Ganesparan yang sedang disiasat dan dikehendaki Bukit Aman dalam video hasutan vaksinasi Malaysia yang berbaur perkauman dan menghina institusi diraja serta menggugat ketenteraman awam negara ini.

Tambah beliau, siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Sekain itu, katanya siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang dikeluarkan mungkin menyebabkan kegentaran awam.

Menurut Abdul Jalil, siasatan turut diperincikan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ujarnya, sejak tahun 2018 sehingga kini, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek itu yang membabitkan Akta Hasutan 1948, Seksyen 298a, Seksyen 500, Seksyen 504 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM komited dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang dipercayai berada di negara Jerman apabila semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati pergerakan (keluar) terakhir suspek ialah pada 2 November 2017 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan status pasport telah dibatalkan oleh Imigresen pada 25 November 2020,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Masalah rasis sangat mudah diselesaikan dengan cara melayan mereka sebagai warganegara negara-negara asal mereka masing-masing supaya mereka dapat hak kesamarataan dengan warga-warga asing yang melancong atau ada visa kerja di Malaysia. Hidupkan semula kejayaan Melayu menentang Malayan Union. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah.

Comments are closed.