Gambar Hiasan. Foto HAZROL ZAINAL, 22 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan mulai jam 12 tangah hari  1 Julai ini.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, persendirian boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai jam 12 tengah hari pada hari tersebut.

Selain itu, katanya, calon juga boleh mendapatkan ringkasan keputusan memalui perkhidmatan SMS dengan menaip
STPM<jarak>No. K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke
68886 bermula jam 11 pagu 1 Julai hingga jam 12 tengah hari 9 Julai ini.

Tambahnya, bagi calon yang membekalkan alamat e-mel kepada MPM, keputusan akan dihantar terus ke alamat e-mel pada jam 11 pagi 1 Julai ini.

Sementara itu, bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah akan mengenalpasti pelajar tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mereka mendapatkan keputusan peperiksaan. – MalaysiaGazette