Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang mana kluster tempat kerja masih mendominasi keseluruhan kes baharu hari ini, berbanding pusat tahanan dan komuniti masing-masing dua kluster dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu daripada jumlah itu, empat kluster dikesan di Selangor, dua kluster masing-masing di Johor dan Kelantan serta satu kluster di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Antaranya kluster tempat kerja ialah Industri Tanjung Suria, Tapak Bina Cybersouth Utama, Industri Jalan Enam Salak Tinggi, PLO Jalan Perak, Perindustrian Bakri Satu, Tapak Bina Pintasan Segambut, Jalan Usaha Jaya, Industri Serkam 2 dan Bandar Rantau Panjang.

“Lima lagi kluster ialah Penjara Jalan Harapan 2, Tembok Tawau, Nyelutong, Permatang Pasir Bachok dan Changkat Intan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sembilan kluster tempat kerja yang direkodkan hari ini membabitkan 281 kes baharu, 30 kes bagi kluster pusat tahanan, 57 kes bagi kluster komuniti dan 35 kes daripada kluster kumpulan berisiko tinggi. – MalaysiaGazette