worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain yang mencatatkan kes harian positif Covid-19 paling tinggi di seluruh negara dengan 2,108 kes pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes harian baharu Covid-19 diseluruh negara sebanyak 5,803 kes pada hari ini, tiga hari berturut-turut sejak Rabu lalu.

“Ini menjadikan (jumlah) kumulatif kes baharu harian kepada 711,006 kes setakat jam 12 tengah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, selain Selangor, Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes positif secara mendadak sejak minggu lalu, hampir mencecah empat angka dengan 741 kes, hari ini.

“Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 628 kes, Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329) dan Pahang (220).

“Manakala negeri di bawah 200 kes pula ialah Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29) dan Putrajaya (24) dan Perlis (4),” katanya.

Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 60,646 kes.

Sementara itu, sebanyak 81 kes kematian direkodkan hari ini, yang mana 30 kes melibatkan Selangor.

“Sebanyak 14 kes pula di Kuala Lumpur, Johor (12), Negeri Sembilan (9), Sarawak (5), masing-masing tiga kes di Pahang dan Melaka, Labuan (2)┬áserta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Terengganu.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,884 kes,” katanya.

Selain itu, kadar kes sembuh juga agak tinggi direkodkan hari ini dengan 5,193 kes, menjadikan kumulatif kes sembuh berjumlah 662,932 kes.

“Sebanyak 866 kes pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 435 kes pula memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette