Haaland dilaporkan memberi lampu hijau untuk menyertai Real Madrid musim ini.foto Agensi Getty Images

BERLIN – Superstar Borussia Dortmund, Erling Haaland dilaporkan sudah memberi lampu hijau untuk menyertai kelab gergasi La Liga Sepanyol Real Madrid musim ini.

Laporan di Bundesliga Jerman mendakwa pemain kelahiran Sweden itu dikatakan sudah memberi persetujuan untuk melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu dalam masa terdekat.

Berikutan perkembangan itu, Real Madrid dilaporkan menyatakan keyakinannya yuran £112 juta boleh dipersetujui oleh Dortmund untuk pemain warga Norway itu.

Skuad Los Blancos kendalian Carlo Ancelotti juga dikatakan sibuk dalam membuat persiapan awal untuk menyambut pemain muda prolifik itu.

Haaland, 20, antara pemain berpengaruh di dunia apabila berjaya mempamerkan keupayaan di gawang gol dalam tempoh 18 bulan selepas menyertai kelab Jerman itu.

Manchester United, Manchester City dan Chelsea adalah antara kelab yang meninjau pemain itu sejak setahun lalu.

Namun ‘durian runtuh’ untuk Real Madrid yang kini bersedia mengenepikan saingan dari tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan menawarkan yuran paling lumayan dan tinggi untuk bintang muda berkenaan untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Bapa Haaland, Alf-Inge dan ejen Mino Raiola melawat Madrid awal tahun ini untuk membincangkan perpindahan ke Sepanyol sementara penyerang muda itu dikatakan sudah memberi lampu hijau untuk berpindah ke La Liga.

Perkembangan itu juga memusnahkan impian Chelsea yang dikaitkan kuat dengan khdimat Haaland dengan nilai dana besar di bawah pengurus baharunya Thomas Tuchel.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast