Setelah mengehadkan waktu operasi perniagaan termasuk pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 - keraajan hari ini melonggarkan tempoh operasi berkenaan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Setelah mengehadkan waktu operasi perniagaan termasuk pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 – keraajan hari ini melonggarkan tempoh operasi berkenaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata segala operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran kini dilewatkan sehingga 10 malam mulai esok.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, ketika PKP 3.0 semua operasi peniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Malah sistem pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada 50 peratus sahaja kapasiti.

Dalam pada itu, dalam fasa 1 PPN ini, Prosedur Operasi Standard ketika PKP3.0 masih digunapakai yang mana semua aktiviti sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.

“Semua aktiviti sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor-sektor perlu yang disenaraikan dalam senarai positif yang dikeluarkan MKN,” kata Ismail Sabri lagi. – MalaysiaGazette